days by days...semakin ramai adek gadisku semakin meningkat ke alam usia remaja, usia yang kononnye sudah cukup
BESAR utk mempunyai kehidupan sendiri.. cukup
BESAR bantah+menipu orang tua ku.. cukup
BESAR untuk keluar & pulang lewat malam, cukup
BESAR untuk berbangga mendedahkan aurat gadisnya... ya Allah lindungilah adek2 ku.. Mari kita telusuri beberapa akibat maksiat :
Tidak Memberi Cahaya dalam Hidupkalau dah time umur masih bersekolah, berperangailah seperti budak sekolah.. perlukah bercouple sampai bercium2 bagai!? kononnye die lah lelaki terbaek & sejati yang pernah dijumpai, & mahu sehidup semati.. ey come on la! "relax la brader, dunia dah moden, open ur mind" haktuih! yep dunia dah moden tapi soal maruah harga diri si gadis masih perlu di jaga rapi la derr.. itu Islam cakap~
time skolah, kalau hidup disibukkan dengan maksiat, masih adakah ruang untuk ilmu melekat?
Mungkin ada yang keliru, "Kenapa ada kawan saya ni, Nampak enjoy je selalu, tapi bila peperiksaan dapat cemerlang juga?"
Remaja itu mungkin tidak nampak bila kawannya belajar. Menjadi sunnatullah, sesiapa yang berusaha dia akan dapat.
Walaubagaimanapun, sesiapa yang berusaha mendapatkan ilmu dalam keadaan dia bergelumang maksiat, ilmu itu tidak akan memberi cahaya dalam hidupnya untuk mencapai kedudukan yang mulia di sisi Allah sama ada di dunia ataupun akhirat.
Kalau begitu pun kawannya cemerlang tanpa belajar malah sibuk dengan maksiat lagi, maka haruslah difahami bahawa itu nasibnya ketika itu sahaja. Sikap itu tidak akan menjamin kejayaannya pada masa-masa akan datang.
Sijil yang bakal digenggamnya hanya melambangkan ilmunya sekadar teori tanpa kualiti. Tidak akan ada berkat. Tidak akan ke mana-mana.
Jadi kenapa remaja harus memilih untuk meniru maksiatnya? Apakah perlu untuk cemerlang sepertinya dengan melakukan maksiat? Sah, kena tipu dek syaitan!
Imam al-Syafi' pernah mengadu kepada gurunya Waki' mengenai hafalannya yang terjejas. Waki' lantas menasihatkannya, "Tinggalkan maksiat."
Disempitkan HidupSama ada kita kaya atau miskin, jika kita suka berlazat dengan maksiat, hidup akan terasa sempit.
Wahai remaja, adakah anda melihat seorang pemimpin berwibawa yang skandal seksnya terbongkar itu tenang hidupnya?
Adakah si miskin yang mencari rezeki dengan mencuri itu tenang hidupnya?
Adakah artis terkenal yang bebas berkepit dengan mana-mana pasangan itu tenang hidupnya?
Tidak! Tidak! Jiwa mereka akan jatuh miskin kerana maksiat. Jiwa mereka gersang. Yang ada hanyalah kerisauan dan kesepian hati.
Jika tujuh gunung emas dibentangkan di hadapannya, ia takkan mampu menjadi penawar terhadap kebimbangannya akibat daripada maksiat.
Bukan sahaja Allah akan menghukum, malah di dunia lagi masyarakat akan menghukumnya. Tekanan akan lebih membunuh jiwanya apabila ditikam perasaan terasing.
Lebih-lebih lagi apabila keluarga dan rakan baik mula menjauhkan diri darinya. Dia tentu bertambah sukar menghindari maksiat malah mungkin mencari penyelesaiannya dengan maksiat baru pula.
Maksiat itu bukan sahaja menyempitkan jiwa malah menyempitkan harta. Dalam Musnad Imam Ahmad diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya seseorang hamba tidak akan mendapat rezeki kerana dosa yang dilakukannya."
Jelas ketaatan itu melimpahkan kekayaan, sebaliknya maksiat mendorong kepada kefakiran jiwa dan harta. Bukan itu sahaja, penggemar maksiat akan menemui kesulitan dalam urusannya dan jalan buntu dalam banyak perkara.
Melemahkan Hati dan BadanKekuatan Mukmin adalah pada hatinya. Ia raja kepada anggota badan. Apabila hatinya kuat, maka anggotanya kuat dan tindakannya juga bermanfaat.
Ahli maksiat, biarpun badannya kuat tetapi hatinya lemah dan sentiasa gelisah. Bayangkan kekuatan orang Parsi dan Rumawi yang tamadunnya sangat pesat dan memiliki kekuatan perang yang lengkap namun dapat ditundukkan oleh generasi para sahabat yang lebih kuat hatinya.
Abdulah bin Abbas berkata: ''Sesungguhnya pada kebaikan itu ada cahaya pada wajah, sinar pada hati, kelapangan pada rezeki dan kekuatan pada badan serta kecintaan di hati ramai orang terhadap dirinya'' .
Paling menakutkan, ahli maksiat akan dihukum Allah dalam bentuk lemah anggota badannya untuk melaksanakan ketaatan, terputus jalan-jalan kebaikan baginya dan kemudian mati dalam kemaksiatan. Sewaktu dibangkitkan kelak, diri pasti mengeluh kesal.
"Aduhai, sekiranya dulu aku berbuat sesuatu untuk hidupku sekarang ini" (surah al-Fajr 89:24).
Sama-sama kita muhasabah semula diri kita. Lihat sejauh mana kemaksiatan dalam diri yang masih menghalang dari kita untuk mendapat keberkatan dalam diri. Wallahua'lam.
credit to http://www.iluvislam.com (copy)
p/s : pesanan utk diri sendiri dan sesama kita, jom same2 jage adek2 gadis kite :D